Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar November Ini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas percubaan berani dengan memperkenalkan kondom berperisa durian tahun lalu, syarikat pengeluar kondom terbesar dunia, Karex Berhad bakal melancarkan produk baharu mereka dan kali ini lebih unik dan ‘sedap’.

Jika sebelum ini nasi lemak biasanya menjadi pilihan utama sarapan di Malaysia,  Karex, melangkah setapak lagi ke hadapan apabila hadir dengan kondom perisa nasi lemak. Untuk pengetahuan anda, ini bukan iklan berbayar.

Karex dalam kenyataanya kepada The Malaysian Insight, menyatakan bahawa mereka cuba membawakan rasa sensasi ‘pedas’ sambal nasi lemak dan juga rasa panas terhadap kondom tersebut.

Untuk mendapatkan perisa nasi lemak tersebut, syarikat yang mengeluarkan 5 billion kondom setahun ini terlebih dahulu melakukan ujikaji selama enam bulan bagi mendapatkan ‘rasa’ yang sesuai.

Syarikat yang berpangkalan di Pelabuhan Klang itu bakal memasarkan kondom berperisa nasi lemak yang dijangka berada dalam pasaran pada November atau Disember ini, lapor AFP.

Tidak dapat kami bayangkan bagaimana rasanya kondom perisa nasi lemak ini. Namun adakah dengan kejayaan menghasilkan kondom berperisa tempatan ini akan membuatkan perisa lain seperti cendol, nasi kandar dan sebagainya akan turut dihasilkan pada masa akan datang?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketua eksekutifnya, Goh Miah Kiat dalam temu bual bersama agensi berita itu berkata, pengenalan kepada kondom berperisa nasi lemak itu bukan hanya gimik semata-mata, sebaliknya ia bagi membantu kempen pencegahan kehamilan di Malaysia.

“Bagi saya, ia berkaitan kesihatan awam dan saya mahu menyampai mesej ini kepada semua orang,” katanya seperti dilapor agensi berita itu.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, kondom nasi lemak jenama Carex bukan sahaja disasarkan dalam pasaran tempatan tetapi ia juga akan dimport keluar negara.

Mengulas lanjut Goh Miah Kiat berkata, syarikatnya telah menghabiskan masa selama enam bulan menjalankan kajian terhadap produk terbaharu mereka itu sebelum memutuskan perisa tersebut dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat.

"Kita rakyat Malaysia dibahagikan oleh idea pegangan politik, agama dan bangsa,” katanya.

"Saya merasakan satu perkara yang menyatukan kita semua: 'Di manakah lokasi terbaik anda pernah makan nasi lemak?,” tambahnya sambil menjelaskan kondom perisa nasi lemak adalah edisi terhad.

Karex menghasilkan lima bilion kondom setiap tahun dari empat kilangnya, di mana kebanyakan produk itu dibeli secara pukal oleh agensi kerajaan atau antarabangsa sebagai kempen hubungan seksual yang selamat.


Media melaporkan, selepas Karex mengambil alih syarikat pengeluar kondom berjenama TheyFit yang dijual di Eropah, syarikat itu juga telah memperkenalkan kondom yang boleh ditempah mengikut saiz alat sulit, Julai lalu. Sumber: themalaymailonline.com, malaysiandigest.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Translate

close
======[Klik Disini 1x ] [Close]======
>