Aksi Cium Janna Nick : Jangan Kutuk Ibu- Bapa Pintanya

- How to buy car insurance
- Buying car insurance online
- Buy auto insurance online - how to get cheap quotes
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Pelakon Janna Nick meminta netizen yang kurang senang  adegan ciumnya bersama Fattah Amin tidak mengaitkan ibu-bapanya jika ingin mengkritik.

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 22, berkata, dia menerima segala pendapat dan kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan... sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..

"Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya," ujarnya menerusi kenyataan di laman sosial Instagram pada malam Jumaat

Janna berkata demikian ketika mengulas tentang adegan aksi bercium dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dikalangan peminat.


Adegan Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kemarahan

“Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah, Janna Dirakam”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- He are 3 ways our car insurance could save you
- Buying car insurance online
- Buy auto insurance online - how to get cheap quotes
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Segelintir peminat kecewa dan menganggap aksi tersebut hanya akan menggalakkan gejala tidak sihat dikalangan remaja.

Sementara itu, Janna berkata, biarpun adegan yang dilakonkan itu tidak melibatkan sentuhan kulit, namun dia terima pendapat dan kritikan yang dilemparkan berkenaan aksi tidak senonoh tersebut.

"Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit...terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang anda kepada saya," ujarnya.

Fara Mendoza Minta Maaf

Dalam pada itu pelakon Fara Mendoza yang menjadi punca merakamkan adegan itu memohon maaf atas perbuatannya.

Fara berkata, dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi berkenaan dan melukakan hati hati mana-mana pihak.

"Di sini Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di sebabkan instastory saya itu, saya tiada niat pun untuk melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa.

"Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan itu dan saya mengakui ianya dari kesilapan khilaf saya yang tidak sengaja, harap selepas ni tiada yang cuba membesarkan lagi hal ini. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan," ujarnya.
Sumber: mstar.com.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- 4 steps How to buy car insurance online
- Why should you buy car policy online
- He are 3 ways our car insurance could save you

Translate

close
======[Klik Disini 1x ] [Close]======
>